Thursday, May 19, 2011

kau ibarat manusia berhati binatang


assalamualaikum. hye blogger. entry kali nie memang emo sikit dan mungkin menakutkan. bukan niat nak menipu tapi ianya adalah kenyataan yang aku dan family dah tempuhi hampir 8 tahun. yeahhh aku dah lama blogging tapi aku tak pernah updated entry about this.but today baru aku berani nak tulis pasal nie.entry kali nie aku nak story pasal sakit yang kakak aku tanggung atas perbuatan orang lain! yes,thats true.

kalau tak silap kejadian nie mula berlaku ketika aku baru form 2 ! yeah kakak sakit meracau racau. sakit ape? ouh mulanya orang kata ada benda yang menumpang dalam badan dia.sebelum nie aku tak pernah percaya benda2 karut nie,but bila dah jadik kat kakak aku,baru aku percaya.yeah,bukan kakak jer yg kena but ramai lagi orang kg lain yg kena.katanya benda tu xde tempat tinggal and thats why dia ganggu org kg ! haishh nie la ragam manusia kan !

selama hampir 8tahun kakak sakit macam macam benda dah jadi. family ibarat porak peranda. tidur malam mak tak pernah lena. subuh buta kami dikejutkan dengan kesakitan kakak ! memang panjang ceritanya.kalau nk story pasti panjang lebar sehinggakan boleh dibuat novel !

kakak menjerit,meracau,menangis sume kami lihat. apa perasaan korang bila tengok kakak korang jadi anjing?jadi ba** ? jadi katak?jadi tikus? yeah aku tak tipu sebab aku tengok depan mata.memang hati aku tak kuat nak tengok kejadian tu ! hanya air mata membasahi pipi.
apa perasaan korang bila tengok kakak korang pukul,tumbuk,terajang mak korang disaat dia dirasuk?mak cuba melawan kakak dengan ayat2 AlQuran dan bila kakak kepanasan dia mula mengganas !

pernah sekali masa kakak nak makan then teriba pinggan kaca tu jatuh dan kakak turut jatuh ! Ya Allah apa dosa kakak sampaikan masa nak makan pon bole jadi? pernah lagi masa kakak makan tetiba kakak jadi lagi sehinggakan jatuh dan kening kakak terkena paku dekat almari.kening kakak berdarah sampaikan mata kak jadik purple kehitaman !alhamdulillah tak teruk sangat.
pernah aku lihat kakak muntah muntah ! meracau sepanjang hari ! dan kadangkala dia tidak kenal siapa kami adik beradik dia sendiri. Ya Allah sembuhkan lah kakak !

dah bermacam cara kami usahakan untuk ubati kakak , dah beribu duwet kami keluarkan untuk sembuhkab kakak tapi masih belum berhasil. sehinggakan dihari ini kakak masih sakit !kenapa ya Allah ?
sekarang kakak dah jarang jadi teruk2 cuma kakak selalu jadi macam orang kena sawan or orang kene stroke ! kaki ,tangan kakak keras terangkat keatas,mulut senget,dan hanya tinggal mata putih yg kelihatan !kadangkala kakak jadi ketika tidur.sepanjang aku cuti dah beberapa malam kakak jadi lagi !

bayangkanlah kakak mula kena ketika mengandungkan anak pertamanya dan ketika itu usia kandungan sudah menjangkau 6bulan. dan kini kakak dah ada 2 orang anak.anak pertamanya dah berusia 7tahun.

kedua dua anaknya pernah melihat keadaan ibu mereka ketika sakit. namun alhamdulillah mereka dikurniakan akal yg cerdik. mereka seolah2 memahami situasi ibu mereka. sekarang bila ibu mereka jadi,si abang sebok panggil atok,dan si adik sebok mencari air yasin. bijakkan dia padahal umurnya baru 2tahun.
pada mulanya kami mendapat tahu kakak sakit disebabkan ada benda yg menumpang dah akhirnya bila keadaan kakak makin teruk dan kami mendapat tahu bahawa kakak terkena buatan orang. siapa? biarlah rahsia. dan kami diberitahu tujuan perempuan itu buat kakak kerana DEGKI ! lihat? manusia sanggup berbuat apa sahaja disebabkan dengki bukan? Ya Allah mengapa semua ini terjadi pada kami?

hari nie kakak jadi lagi.mulanya masa dia tengah iron baju sekolah si abang dan tiba2 terjatuh. nasiblah iron itu tak jatuh pada kakak. kali keduanya kakak jatuh dekat depan nasib ada abah yg sempat pegang.dan terakhir kali masa dekat lua dekat moto.dan disaat aku updated entry nie pon kakak jatuh lagi..huhu kakak tak tahu yang dia pernah jadi. bila dia sedar baru kami cerita.kadang2 aksi kakak kelakar sampai kami gelak berdekah dekah .mane taknya kelakar sangat tengok dia macam org yg xketahuan.then masa kakak cakap siam. mak aih tak paham lgsung doe.dan kadang2 aksi kakak mengguris hati !=(

kengkadang malam masa tidur dia jadi sampai mulut darah darah !esok paginya dia sakit tak boleh makan.kadang2 masa jadi kakak pukul kaki dia kuat sangat.esok pagi masa bangun tengok kaki kakak dah biru.kesian sangat tapi aku tak mampu nak buat apa2.

dari dulu sampai sekarang kakak masih tak okey dan mak adalah orang paling terbeban. kesian mak tiap2 malam tidur tak lena jaga kakak takut kakak jadi lagi.kadang2 masa mak lena tidur kami dah kecoh2 kakak jadi lagi. macam mana kami nak jaga kakak kalau mak xde? Ya Allah aku mohon,sembuhkanlah sakit kakak dan kurangkanlah beban mak.dan jangan sampai kakak jadi di hari perkahwinan abang. aku mohon .=(

tapak kaki lynda : dear reader aku mohon doakan supaya kakak aku sembuh .=(

9 comments:

balecan said...

ustad2 xde ke linda???8 thun lama gila kot!merana gila

lynda said...

macam2 jenis ustad kami dah cuba kot.huhuhu...tau xpe yg ciannya mak aku la..

ASSOYFINGER67 said...

tak terkata...

Diari Si Froggie said...

lamanya..sian akk lynda tu.. dh cuba macam2 tempat tp x berhasil erk?

she's gee said...

bahaya nih...

Suliza Salleh said...

ermm...
tak terkata !
sedey kot ! :(

Ain Atika Zailani said...

laaa kesiannya...banyak berdoa pada tuhan ye awak...sama sama kite berdoa..

khairul akmal bin azman said...

sabaq2 k..de hikmah yang x diketahui..
allah maha adil

Anonymous said...

ya allah. kejamnya manusia :'(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...