Friday, November 16, 2012

hati ini

rindu. pedih rasa hati. pilu. entah salah siapa? Menangis air mata darah sekali pon dah tak guna agaknya. hmm~

hari demi hari semuanya semakin berubah. mungkin salah aku yang tak tahu menjaga hatinya membuatkan dia semakin berubah.

entah kenapa dia semakin lupa akan diri aku. dulu katanya, anything share with me. lepas share, dia lupa. rasa macam nak cakap "ehh kan sy dah gtau hari tu" tapi mulut bagai dilekat dek gam gajah 10 tin. Rasa macam "xpelah awak dah lupa semua pasal sy" . lepas tu rasa macam nak mendiamkan diri je.

setiap malam tido tanpa say gudnyte. xpe sy faham sebab awak penat kerja kan? tapi sy terasa bila time gayut awak akan diam selama 5 minit. sy cakap pon awak tak hiraukan. sy pon terus dan terus panggil awak sampai rasa macam nak give up. tetiba awak sahut. bila sy "tanya awak buat apa?". dengan spontan awak jawab "xbuat apa,tgh cakap dgn awak la" . hmm pernah tak awak terfikir apa perasaan sy waktu tuh? awk cakap dgn sy? sedangkan sy dh hampir putus asa panggil2 awak tp langsung tak dihiraukan! *lap air mata*

kengkadang tu sesaja ja balas balik kat awak. diam je masa awak panggil. masa tu terasa diri ni kejam sgt buat awak macam tu. sebab tu selalu menitis air mata. and when u ask me, sy just cakap nothing. entah. sebak sgt rasa. tapi sekejap je. awk panggil2 lepas tu awak yg diam seribu bahasa. ibarat nk kenakan org,kena batang hidung sendiri. padan muka sy kan? makan hati berulam jantung ~


sedih takkala sakit, diuji oleh Allah tapi tak dihiraukan org tersayang. kalau dulu baru mengadu pening kepala sikit, sanggup dia teman. walaupon hanya dalam talipon. tapi itu dulu. sekarang nak ngadu sakit pon macam tak sanggup. takut. cuma takut tak dilayan. tak dihiraukan. oleh sebab itu sy buat kata putus utk tanggung sendiri. maafkan sy. bukan nak pinggirkan awak.bukan!

sy faham. sy mengerti. keadaan awak dulu dan sekarang berbeza. mungkin awak penat. penat kerja kan? mungkin awak busy. balik rumah perlu rehat kan? okey sy faham. cuma hati sy masih belum dapat menerima situasi ni. beri sedikit waktu buat hati sy menerima semua ni. T.T

sy tahu awak. mungkin awak mudah melupakan sesuatu tapi sy tak! mungkin lepas gaduh u'll say sorry then u can smile. macam xda apa jadi. ha ha ha ha boleh gelak hakikatnya dalam hati sedang dilanda hujan yg sangat lebat. tak siapa tahu. okey forget it. but what can i say. seriusly luka tu masih berbekas kat hati. bukan sebab apa, sebab benda tu berulang kali. rasa macam xsempat nak cuci luka tu, lepas tu berdarah balik. so how?

seronoknya diperlakukan macam ni. tabahlah hati. tabah! jangan mudah menyerah. tapi andai kata dia punyai pilihan lain, tinggalkan dia. bawa diri jauh dari dia.T.T 

sejujurnya hati ini rindukan insan bernama Khairul Syahmi. tapi lidah kelu untuk berkatakata. walaupon dah jumpa, tapi masih sama. entah kenapa. sebak sangat rasa hati. sy harap hati saya takkan pernah ada rasa give up untuk terus tunggu awak,faham awak,rindukan awak,sayangkan awak. =(


sudah lah! cukuplah! lagu ku akui ni terlalu sebak membuatkan air mata tak berhenti gugur. jangan percaya dengan entry ni. semua ni rekaan sematamata. Assalamualaikum.

Friday, November 9, 2012

usaha yang berbaloi baloi

hellow hellow. Assalamualaikum semua. salam jumaat! hewhewhew. syukur Alhamdulillah hari ni bersamaan 9 nov 12. im too much happy! why? result keluar la beb! ;)

macam biasa. beberapa hari sebelum result keluat for sure dekat fb dan twitter akan ada wabak2 status yang cakap nak ke luar negara lah, malas nak on hp lah, nak deactive facebook lah. itu adalah taktik takut kawan tanya result dapat berapa kan? kahkahkah. 

for the last sem i'm quite excited waiting for my last result as a diploma student!kehkehkeh. mungkin sebab ini bukan usaha perah otak pegi jawab dalam dewan exam. sem nie kan praktikal. tapi sapa kata practikal senang je nak dapat dekan? sapa cakap? hellow, kalau senang UiTM xkan buat la exam praktical okey sayang2 sekalian!

pagi2 bangun tidur terus melantak nasi bungkus. lepastu bergegas masuk bilik on laptop sign in yahoo mail. dengan excitednya bukak email dr UiTM. dengan rasa macam nak menjerit ya amat. hohoi bangganya. dah la tak pernah tersenarai as a dean list student. alih2 for da last sem,check result. fuyoooo.. bukan kata dean list, 4flat teruih! nak pengsan rasa weh. Alhamdulillah sangat :)

tapi biasa lah. masih ada hamba Allah yg tak puas hati dengan kejayaan kita. dengan selamba nya cakap alah practical memang la boleh dapat 4flat. hellow! kau tahu apa? 30% from company. 30% from report. 20% from presentation. 10% from logbook and another 10% from attendance. sekarang tell me sapa yg senang2 nk bagi full mark kat kau kalau kau tak put 100% effort to get full marks? tell me? then kenapa ada kawan yg xdapat 4flat? kenapa ada kawan yg xdean list?

ahhh pedulikkan org yg busuk hati xnak hargai kejayaan kita. buat sedih rasa hati je. sebak okey ! sobsobs. tapi xpa. aku xde la mengharapkan sampai dapat 4flat sebab rasa cam susah je nk dapat 4flat. dapat dean list pon dah bersyukur amat kan. confident tu dah ada sebab during presentation dapat pujian dari panel. lepas tu report not bad tebal dari org lain hihi. attendance not bad xpernah ponteng. logbook tiap2 hari tulis.

lagipon during presentation, level of confident naik sikit to be compared dengan presentation masa duludulu. mungkin sebab dah last sem kan dan mungkin sebab dah pernah buat presentation depan bos and hr manager dari KLIA. ye la sebelum ni presentation depan lecturer je kan.lepas tu depan kawan2.nie pes time nak present depan general manager and hr manager from KLIA. berdebar rasanya. nak nak kita present pasal company diorang.sah sah la diaorang dah master semuanya. silap sikit habis kena ketuk!mula2 rasa jeles kenapa kawan lain xpayah pon present depan boss diaorang. tapi ada hikmah sebaliknya. at least kita dah tau masa silap kita so during real presentation depan panel nanti mesti tiptop kan? and Alhamdulillah dapat pujian.=)

report pulak,haishhh penat perah otak.mana taknya kita kena buat minimum 10k words sebab attach 8 department. kawan lain ada yg kena buat min 5k words and ada yg kena buat min 8k words. nak copy senior punya pon diaorang tak bagi. ye la terpaksa buat sendiri.penat mengagau 10k words tu tau. and for da final nak touch up sikit before print out,thank you to my beloved mr love sudi tolong adjust apa yg patut. i really appreciate it dear. lepastu ditambah pulak dengan effort tulis logbook setiap hari. kadang2 tinggal sampai seminggu or dua minggu. hihi. tapi tetap tulis sebab xnak ketinggalan banyak.

sebenarnya banyak halangannya jugak nak capai kejayaan even time practical je pon. so people appreciate la sikit.takkan nak kena describe one by one masalah yg kita hadapi kot? okey maybe ini salah aku sebab selalu dan terbiasa dengan sifat nak raikan sesuatu kejayaan. xpelah. biarkan aku! btw tahniah kengkawan. dont give up. sila bangga sebab kita berjaya tamatkan diploma pada sem 6. at least xde sorang pon antara kita yg terlepas sampai ke sem 7 or sem 8 kan? itu tandanya kita dah berjaya okey. tunggu masa nak convo je. can't wait! i miss you i love you kawan.penat lelah 3 tahun berakhir disini.Alhamdulillah. berharap dapat membanggakan mak abah :)



Saturday, November 3, 2012

mencari kekuatan


hari demi hari aku hidup dalam keadaan yang terkadang sangat berpura-pura. setiap pagi petang malam mak akan cakap pasal kerja. perli pon dengan maksud tersurat dan tersirat mengenai kerja. tambahan pula keadaan mesin atm di bank makin ketandusan wang. ahhh bagaimana harus aku melawan nafsu shopping,makan?al-maklumlah wanita kan. tak padan dengan poket kering nak makan pon.. ya Allah demand ya amat. memang status tak sedar diri. lepas tu duduk mengadap laptop bosan pegi cuci mata dekat on9 shopping. terjumpa pulak on9 shopping yang ada sale 10%-30%..weehuuu,cuci mata pon dah berkenan 5 pasang baju dalam masa 2jam.bila dah tolak tambah darab bahagi total rm113. ishhhhh..mengarut sangat. mungkin tu hikmah tak dapat kerja lagi kot? yelah kalau dah gaji mesti aku dah borong bajubaju tu.tersiksa jiwa raga tak dapat shopping tau! TERSIKSA okey!

dah la asyik kena perli tak kerja lagi. duet pon dah susah nak dapat.sedih sgt aihhh.dulu duet banyak.lepas tu setiap kali keluar cari kerja,pegi tibai makan secret resipi la,kfc la,cool station la. macammacam. last2 kerja kemana,duet kemana.


bila susah macam ni boleh kata setiap hari keluar cari kerja tak pon selang sehari atau selang dua hari. tapi hasilnya,dah tiga bulan jadi penganggur terhormat. eh xnak la.sedih sangat tu. jadi suri rumah sepenuh masa.haaaaaa nampak sifat kewanitaan tu sikit.huhu. dah merata tempat tinggal no telefon, hantar resume. tapi tak dapat pon. dapat manager kfc,tapi jadual kerja tak tentu hala. dapat kerja front office dekat hotel tapi hantar jauh sgt. kadang2 rasa macam dah nak give up cari kerja. time panas terik pon sanggup pegi cari. hari ni balik cari kerja dalam keadaan hujan. sadis sangat rasa!=(


bila xda duet memang hidup tak tentu arah sgt rasa.nak buat tu tak boleh,nak buat ni pon tak boleh. nak keluar pon tak boleh. nak makan sedap2 pon dah xboleh. ahhh kesian sungguh. lama2 diri diselubungi perasaan stress ya amat. kadang2 menjerit sekuat hati tak kira jiran sebelah ada yg mengidap sakit jantung atau tak.lantak lah! xda sapa pon yang faham perasaan kita. always tunggu masa yang sesuai,nak mengadu dgn bf. tapi si dia always busy sejak sebelum raya sampai selepas raya.malam tido awal.macam tu la tiap2 hari.sampai aku rasa fedup dah malas nk mengadu kat dia.sebelum ni air mata aku keluar setimba pon dia tak tahu kan.so tak payah ambik tahu.


tetiba harini rasa stress bertambah. entah kenapa.hormon tak stabil mungkin. yelah period pon dah xbetul sekarang. hurmmm..teringat hari ni si bf kerja half day. elok plak kredit digi dah expired dan niat nak pergi mintak kerja kat butik aleeya tu. terus la cakap dekat mak nk keluar mintak kerja. padahal ada in addition nak jumpa boypren sama,makan kfc ke.mengidam teruk sgt dah ni.kononnya nak spend time kejap.dah 2 minggu tak jumpa.mana tau jumpa dia boleh hilang stress 50 kg ni. tapi malang tak berbau.tak da rezeki nk jumpa.kita ni sanggup tunggu walaupon hari nak hujan,alih2 dia ke lain. alih2 balik dengan perasaan yg sangat hampa dan kecewa dalam hujan. dah la tak dapat kerja lagi,nk jumpa bf pon tak dapat.balik nangis nangis nangis. ahh perempuan sgt!


nasib ada nisa yg sudi meredakan kesedihan dihati.memang dah give up sangat.penat sangat.fedup sangat. tapi nisa always pesan. sabar Allah tengah reserve something yg baik untuk kamu.Allah suruh kamu usaha lebih. daripada nak give up, terus rasa semangat sikit walaupon hanya 30%. ok la tu daripada down terus.kang masuk paper muka depan,budak give up cari kerja makan ubat gegat 12kg!kes naya ja.huuhu

okey lah setakat tu je. bubye. hey korang doakan aku dapat kerja yang halal di sisi Allah. yang tak abaikan segala tanggungjawab aku sebagai hamba Allah. terima kasih :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...