Saturday, November 27, 2010

cinta sejati atau cinta simpati?

hye fellow sekalian !

assalamualaikum.. dah sedia kew nak baca entry kali nie? bagi yang mata agak agak ngantok tu ape kate korang g cuci muka tu dulu? kasi fresh sikit. baru semangat nak baca.. heee..;)

menurut title ku diatas pada hari ini,saat ini,ketika ini dan sewaktu dengannya aku nak cerita pasal cinta ! wait wait,entry niyh bukan pasal cinta aku dan en pakwe ok.. entry nie tak da kena mengena antara yang masih hidup dan telah meninggal dunia .lalala..;)

lets begin !

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta ni kan indah, tak macam jatuh tangga or jatuh pokok, ouchhh sakit kot.haha.Tak ada sapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai.betul tak?sapa setuju?kalau setuju sila angkat tangan korang plizz ! haha.pada Kemuncak cinta, ada orang masuk yang syurga sebab cinta dan ramai gak orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta. Cinta yang macam mana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?hoho.. wei shenme?

meh aku nak bagi tau sikit.Cinta, rasa yang ada dalam hati yang kita tidak boleh nak disukat-sukat. hati kita yang merasainya, sampai boleh terhibur atau terseksa oleh kerananya. Datangnya dari dua sumber iaitu dari nafsu dan dari Allah.
Cinta yang datang dari oleh nafsu berlaku bila hati kotor, slalu buat dosa and pastu tak reti nak tobat.ishishish(sambil geleng pala) ! Sifat-sifat keji macam sombong, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat yang dok bersarang dalam hati plak tak dikikis,so waktu tu nafsulah yang akan jadi raja segala raja dalam diri sampai apa saja yang kita buat dok ikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.
Lelaki ni slalunya  akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya sampai tubuh badan pompuan itu dah tak  terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki pada pompuan.cam tu gak dengan ponpuan, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. lantas cinta diberi dengan harapan depa dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.astaqfirullah !
Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai ke rumahtangga ia tetap akan menyeksa. sebab en suami akan cinta pada cik isteri selagi cik isteri masih muda, seksi dan manja.dan selagi nafsu dapat disenangkan. Bila cik isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh, rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur macam opah, badan pun dah kendur,ouhhhh,cinta en suami pon mulalah nak beralih kat anak dara yang cantik menarik kau memang de bomm! haha. Sekaligus hilanglah cinta en suami. akhirnya  Menderitalah cik isteri yang hilang perhatian en suami apalagi kalau terang-terang depan mata en suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.rasa macam nak cekik cekik 2,2 skali kan!

Begitu juga si isteri. Cintakan en suami selagi en suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi en suami kasih dan sayang padanya. Andai kata la kan,buka nak kata haha en suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang so,comfirm hilang pa cinta pada en suami. tak cukup gan tuh berbakul-bakul datang rasa benci pada en suami yang dulu dipuja tinggi melangit ala ala lagu sharifah zarina langit ke 7.haha. mak oiii Begitu mudah cinta bertukar jadi benci. Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka, kata-mengata, ungkit mengungkit,  en suami tidak pedulikan cik isteri dancik  isteri pun hilang hormat pada en suami. Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. waktu tu tak ada lagi pujuk rayu, cumbu mesra macam mana waktu cintan cintun dulu.

haishhhh..bukan nak kata la kan.tapi selalunya macam nie lah.kahwin bukan satu perkara biasa yang boleh diambil remeh temeh oke ! nak cerai berai pon piki la betul betul.

last word:cintailah mereka yang mencintai anda dengan seikhlas hati..;)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...