Tuesday, November 1, 2011

air mata seorang lelaki

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia,
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya,
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana terluka,
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah,
Kerana air mata yang sedikit itu mampu,
Memadamkan api neraka kelak.


p/s: " Ya Allah, anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

7 comments:

RinsyaRyc said...

gile romantik.. sukeee sukeee!

>__<


orang suke sajak tu. bukan suke lelaki nangis.. uhuhuuk~

Unknown said...

insyaAllah kan bertemu jugak lelaki idaman yang beriman kepada Allah :)

lynda said...

@ RinsyaRyc : hikhik. romantik ker? :))

lynda said...

@Cik Azizah :amin !:)

Pendamba Mawar said...

like it la dear

kim heeruul said...

Air mata lelaki jarang nk lihat melainkan ia ikhlas dalam berdoa.

hamzah ian said...

susah lelaki menangis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...