Tuesday, October 2, 2012

tiga tahun tiga bulan in relationship

salam people. hari nie aku kembali update blog yang dah lama ditinggalkan.sekadar berkongsi bahagia dihati.

2 october 2012. genap tiga tahun tiga bulan aku menyimpan perasaan sayang,kasih,cinta pada seorang hamba Allah yang bernama KHAIRUL SYAHMI WAHAI ANUAR. Alhamdulillah walaupun dugaan datang tapi kami masih mampu pertahankan hubungan ni. semoga hubungan yang dijaga ini kekal hingga ke syurga kelak. Amin.


dear awak,

i wrote this, just for u. mana tahu kot2 nanti sy pergi dulu dari awak ke. so that u still can remember me. awak, thanks sebab awak dah banyak berkorban demi sy. sy rasa bertuah sgt sebab berjaya berada dihati awak. walau separah mana pon awak sakiti hati sy, nama awak masih tertulis dihati sy. maafkan sy kalau selama kita kenal sy banyak sakiti hati awak.

dear awak,

baru sy sedar kenapa sy selalu sakit hati. bila awak terkasar sikit je dgn sy,jauh dr sy,abaikan sy,hati sy akan tersentak. sy tak tahu nak cakap macam mana,andai awak dapat rasakan degupan hati nie. besarnya cinta yg Allah anugerahkan buat sy. dan hari nie, sy berdoa selepas solat, andai memang awak penderma tulang rusuk sy, semoga kita disatukan dengan ikatan yang sah. InsyaAllah.

terima kasih awak, untuk segala-galanya. sy sayangkan awak kerana Allah. sy cintakan awak kerana Allah. sy pertahankan hubungan kita kerana awak insan yg dikirim oleh-NYA dan sy percaya awak mampu bimbing sy ke Jalan yang Allah.sy berusaha untuk mematangkan diri ni, mendekatkan diri dengan Allah and i need you to guide me until jannah. .

kita bertengkar, kita semakin mengenal. kita menyakiti, kita semakin menyintai. kita menghindar, kita semakin merindui.






lots of love,
norhashlenda


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...