Tuesday, October 11, 2011

AMARAN:jangan ketut dimerata tempat !

INI LAWAK ATAU SEDIH ?


Tiga orang di dalam helikopter yang sedang terbang di udara.

Orang pertama menggigit sebuah epal. Dirasakan terlalu manis, ia melemparkan epal tersebut keluar.

Orang kedua menggigit jeruk, tapi kerana terlalu masam, ia pun membuangnya keluar.

Orang ketiga menggigit bom tangan dan kerana terlalu keras, ia pun melemparnya keluar.

Ketika heli mendarat, ketiga orang tersebut berjalan bersama-sama.

Mereka bertemu dengan seorang budak perempuan yang sedang menangis.

“Kenapa menangis?” tanya mereka.

“Sebiji epal jatuh dari langit, menimpa anak kucingku, dan mati, hu.hu.hu.”

Mereka pun meneruskan perjalanan dan bertemu dengan seorang budak lelaki yang sedang menangis.

“Kenapa menangis?” tanya mereka.

“Sebiji jeruk jatuh dari langit, menimpa anak arnab saya, terus mati, hu.hu.hu.”

Akhirnya mereka bertemu dengan seorang perempuan gemuk yang ketawa terbahak-bahak sambil membongkok.

“Makcik, kenapa tertawa?” tanya mereka.

“Tadi itu, saya kentut. Tiba-tiba bangunan di belakang saya terus meletup ha..ha..ha..”







p/s:just for sharing reader !:)

3 comments:

Azura said...

:D

IFA Athirah said...

sedih tu...jd lawak lak makcik tu..

Cik Diana said...

ngee.. mOkcik2.. huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...