Saturday, November 3, 2012

mencari kekuatan


hari demi hari aku hidup dalam keadaan yang terkadang sangat berpura-pura. setiap pagi petang malam mak akan cakap pasal kerja. perli pon dengan maksud tersurat dan tersirat mengenai kerja. tambahan pula keadaan mesin atm di bank makin ketandusan wang. ahhh bagaimana harus aku melawan nafsu shopping,makan?al-maklumlah wanita kan. tak padan dengan poket kering nak makan pon.. ya Allah demand ya amat. memang status tak sedar diri. lepas tu duduk mengadap laptop bosan pegi cuci mata dekat on9 shopping. terjumpa pulak on9 shopping yang ada sale 10%-30%..weehuuu,cuci mata pon dah berkenan 5 pasang baju dalam masa 2jam.bila dah tolak tambah darab bahagi total rm113. ishhhhh..mengarut sangat. mungkin tu hikmah tak dapat kerja lagi kot? yelah kalau dah gaji mesti aku dah borong bajubaju tu.tersiksa jiwa raga tak dapat shopping tau! TERSIKSA okey!

dah la asyik kena perli tak kerja lagi. duet pon dah susah nak dapat.sedih sgt aihhh.dulu duet banyak.lepas tu setiap kali keluar cari kerja,pegi tibai makan secret resipi la,kfc la,cool station la. macammacam. last2 kerja kemana,duet kemana.


bila susah macam ni boleh kata setiap hari keluar cari kerja tak pon selang sehari atau selang dua hari. tapi hasilnya,dah tiga bulan jadi penganggur terhormat. eh xnak la.sedih sangat tu. jadi suri rumah sepenuh masa.haaaaaa nampak sifat kewanitaan tu sikit.huhu. dah merata tempat tinggal no telefon, hantar resume. tapi tak dapat pon. dapat manager kfc,tapi jadual kerja tak tentu hala. dapat kerja front office dekat hotel tapi hantar jauh sgt. kadang2 rasa macam dah nak give up cari kerja. time panas terik pon sanggup pegi cari. hari ni balik cari kerja dalam keadaan hujan. sadis sangat rasa!=(


bila xda duet memang hidup tak tentu arah sgt rasa.nak buat tu tak boleh,nak buat ni pon tak boleh. nak keluar pon tak boleh. nak makan sedap2 pon dah xboleh. ahhh kesian sungguh. lama2 diri diselubungi perasaan stress ya amat. kadang2 menjerit sekuat hati tak kira jiran sebelah ada yg mengidap sakit jantung atau tak.lantak lah! xda sapa pon yang faham perasaan kita. always tunggu masa yang sesuai,nak mengadu dgn bf. tapi si dia always busy sejak sebelum raya sampai selepas raya.malam tido awal.macam tu la tiap2 hari.sampai aku rasa fedup dah malas nk mengadu kat dia.sebelum ni air mata aku keluar setimba pon dia tak tahu kan.so tak payah ambik tahu.


tetiba harini rasa stress bertambah. entah kenapa.hormon tak stabil mungkin. yelah period pon dah xbetul sekarang. hurmmm..teringat hari ni si bf kerja half day. elok plak kredit digi dah expired dan niat nak pergi mintak kerja kat butik aleeya tu. terus la cakap dekat mak nk keluar mintak kerja. padahal ada in addition nak jumpa boypren sama,makan kfc ke.mengidam teruk sgt dah ni.kononnya nak spend time kejap.dah 2 minggu tak jumpa.mana tau jumpa dia boleh hilang stress 50 kg ni. tapi malang tak berbau.tak da rezeki nk jumpa.kita ni sanggup tunggu walaupon hari nak hujan,alih2 dia ke lain. alih2 balik dengan perasaan yg sangat hampa dan kecewa dalam hujan. dah la tak dapat kerja lagi,nk jumpa bf pon tak dapat.balik nangis nangis nangis. ahh perempuan sgt!


nasib ada nisa yg sudi meredakan kesedihan dihati.memang dah give up sangat.penat sangat.fedup sangat. tapi nisa always pesan. sabar Allah tengah reserve something yg baik untuk kamu.Allah suruh kamu usaha lebih. daripada nak give up, terus rasa semangat sikit walaupon hanya 30%. ok la tu daripada down terus.kang masuk paper muka depan,budak give up cari kerja makan ubat gegat 12kg!kes naya ja.huuhu

okey lah setakat tu je. bubye. hey korang doakan aku dapat kerja yang halal di sisi Allah. yang tak abaikan segala tanggungjawab aku sebagai hamba Allah. terima kasih :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...